‘Video games’ punca nahas kereta api Jerman

‘Video games’ punca nahas kereta api Jerman

BERLIN, 13 April (AFP) – Seorang pengendali kereta api di Jerman dipersalahkan atas kemalangan kereta api yang mengorbankan 11 jiwa akibat bermain permainan telefon bimbit pada masa itu, kata pendakwa kelmarin, apabila pihak mahkamah mengarahkan penahanan beliau.

Kedua-dua tren penumpang bertembung di landasan kereta api tunggal berhampiran Bad Aibling 9 Februari lalu, iaitu satu kemalangan dahsyat Jerman pada tahun-tahun kebelakangan ini, yang juga menyebabkan berpuluh-puluh tercedera.

Pendakwa raya berkata pengendali tidak dinamakan itu ditahan semalam kerana disyaki melakukan pembunuhan akibat kecuaiannya.

ARTIKEL YANG SAMA