Video muzik Blackpink cecah tontonan lapan juta

Video muzik Blackpink cecah tontonan lapan juta

KUMPULAN Blackpink mampu tersenyum apabila dua video muzik terbaru mereka berjaya mendapat lapan juta tontonan di YouTube hanya dalam masa 24 jam.

Menurut Twitter rasmi kumpulan itu, dua lagu berkenaan iaitu Playing With Fire dan Stay masing-masing mendapat 4.3 juta dan 3.6 juta tontonan.

Dua lagu berkenaan dilancarkan pada 1 November lalu sebagai kemunculan semula mereka dalam bidang muzik.

Lagu tersebut ciptaan sepenuhnya Teddy daripada YG Entertainment.

Sementara itu, Blackpink turut melancarkan single berjudul Square Two secara digital sebelum tampil dengan album penuh tidak lama lagi.

Kemunculan semula Blackpink menjadi apabila dua video muzik mereka yang berjaya mendapat lapan juta tontonan hanya dalam masa sehari ia dilancarkan di Youtube.
Kemunculan semula Blackpink menjadi apabila dua video muzik mereka yang berjaya mendapat lapan juta tontonan hanya dalam masa sehari ia dilancarkan di Youtube.

ARTIKEL YANG SAMA