Video tunjukkan terlepasnya ‘El Chapo’

Video tunjukkan terlepasnya ‘El Chapo’

MEXICO CITY, 15 Julai – Raja dadah Mexico Joaquin “El Chapo” Guzman serba cemas di dalam selnya sebelum membongkok ke bawah di belakang dinding kecil kamar mandinya lalu menghilang, menurut paparan terbaru yang dikeluarkan oleh kamera sekuriti terhadap terbolosnya dia dari penjara.

Sementara video tersebut telah dikeluarkan pada lewat kelmarin menunjukkan Guzman berjalan ke belakang dan ke depan tiga kali sebelum merangkak ke dalam kamar mandi dengan memakai baju penjaranya, Suruhanjaya Keselamatan Negara Monte Alejandro Rubido berkata ia adalah kelakuan biasa bagi para banduan.

Lubang kecil di ruang lantai kamar mandi yang digunakan oleh Guzman untuk menyusup pada lewat Sabtu tidak kelihatan pada kamera litar tertutup itu, yang mana memerhatikan 24 jam sehari. Ia juga tidak menunjukkan saat dia menanggalkan gelang pemantauan.

Sebuah kamera pemantauan telah dimuatkan pada dinding penjuru atas di luar sel dan satu lagi di dalam yang menyasarkan ke arah kamar mandi, tetapi pihak berkuasa berkata mereka mempunyai dua titik buta bagi menjaga privasi banduan.

Rubido berkata Guzman telah kali terakhir dilihat pada 8.52 malam, tanpa menyatakan berapa lama yang diperlukan oleh pengawal penjara untuk membunyikan penggera.

Bolosnya Guzman buat kali kedua dari penjara kawalan ketat dalam 14 tahun adalah suatu yang amat memalukan buat pentadbiran Presiden Enrique Pena Nieto, yang mana baru sahaja berjaya menangkapnya 17 bulan lepas. – AFP

Paparan video sekuriti memaparkan saat El-Chapo melarikan diri melalui selnya. – AFP
Paparan video sekuriti memaparkan saat El-Chapo melarikan diri melalui selnya. – AFP