Vientiane tumpuan sidang kemuncak ASEAN, Timur Asia

Vientiane tumpuan sidang kemuncak ASEAN, Timur Asia

VIENTIANE, 5 Sept – Pegawai-pegawai kanan dari seluruh Asia Tenggara bertemu di ibu negara Laos, Vientiane hari ini menjelang ketibaan pemimpin serantau dan dunia bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29, Sidang Kemuncak Timur Asia dan mesyuarat berkaitan dari hari Selasa hingga Khamis.

Agenda Mesyuarat hari ini ialah Mesyuarat Persediaan Pegawai-Pegawai Kanan (Prep-SOM) termasuk perbincangan mengenai pengaturan muktamad dan draf dokumen menjelang permulaan sidang kemuncak serantau yang melibatkan penyertaan pemimpin blok 10 anggota serta rakan-rakan dialog.

Sementara itu, menteri-menteri hal ehwal luar dan perdagangan, serta yang berkaitan dengan ekonomi dari Asia Tenggara juga bertemu di ibu negara untuk mesyuarat yang berkaitan termasuk Perniagaan ASEAN dan Sidang Kemuncak Pelaburan 2016 yang berlangsung dari hari ini hingga Rabu yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Lao Thongloun Sisoulith petang hari ini. – Xinhua

Wartawan yang bekerja di pusat media ASEAN menjelang sidang kemuncak ASEANdi Pusat Konvensyen Nasional (NCC) di Vientiane semalam. – AFP
Wartawan yang bekerja di pusat media ASEAN menjelang sidang kemuncak ASEANdi Pusat Konvensyen Nasional (NCC) di Vientiane semalam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA