Vietnam akan laksanakan SDG

Vietnam akan laksanakan SDG

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 25 Sept – Vietnam telah sepakat untuk pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG), kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Vietnam, Pham Binh Minh kelmarin.

Minh membuat kenyataan pada perbahasan peringkat tinggi tahunan sesi ke-71 Perhimpunan Agung PBB.

“Saya percaya bahawa untuk mencapai Matlamat Pembangunan mapan adalah dalam genggaman kita,” kata Minh, “kita mengharapkan supaya rakyat, anak-anak dan cucu kita sama-sama untuk melaksanakan komitmen ini.”

Pembaharuan, inovasi, kreativiti dan penyusunan semula ekonomi akan mengukuhkan lagi negara dengan langkah yang lebih baik, katanya. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA