Vietnam bakal anjur anugerah filem ASEAN

HANOI, 11 Okt – Sempena Festival Filem Vietnam ke-20, Vietnam bakal menganjurkan Anugerah Filem ASEAN di Da Nang dari 24 hingga 28 November, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Panel hakim terdiri pengarah filem Korea Selatan Jonathan Hyong-Joon Ki, pengarah dari Hong Kong, Roger Garcia dan pengarah serta penulis skrip Karolina Bielawska dari Poland.

Filem yang dinobatkan sebagai pemenang akan menerima hadiah bernilai AS$3,000.

Acara itu, sebahagian daripada aktiviti meraikan ulang tahun ke-50 ASEAN.

Ia secara tidak langsung menggambarkan pentingnya peranan industri perfileman dalam mempromosikan budaya, persahabatan dan kerjasama dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Festival Filem Vietnam yang pertama diadakan di Hanoi pada 1970. – Bernama