Vietnam bantah larangan tangkap ikan

Vietnam bantah larangan tangkap ikan

HANOI, 18 Mei – Vietnam mengatakan ia benar-benar membantah satu larangan penangkapan ikan sementara China di sebahagian Teluk Tonkin, siri pertikaian kedaulatan terbaru di dalam dan sekitar Laut China Selatan.

Langkah China dibuat ketika kedua-dua jiran berusaha untuk memperbaiki hubungan semenjak satu perbalahan dua hala tercetus dalam Mei tahun lalu apabila China menempatkan pelantar minyak bernilai $1 bilion di perairan yang dituntut oleh Vietnam. Ia membawa konfrontasi di laut antara kapal pesaing itu dan protes ganas anti-China di Vietnam.

Pengharaman ke atas semua aktiviti perikanan antara 16 Mei dan 1 Ogos akan mencabuli undang-undang antarabangsa dan kedaulatan Vietnam serta hak bidang kuasa, kata kementerian luar dalam satu kenyataan disiarkan di laman webnya pada Sabtu lalu.

China melancarkan pengharaman penangkapan ikan tahunan dalam 1999 ‘untuk mempromosikan pembangunan mapan industri perikanan di Laut China Selatan dan melindungi kepentingan fundamental nelayan,” menurut agensi berita Xinhua. Pihak berkuasa mengancam pencabul undang-undang itu dengan denda, penarikan balik lesen, perampasan dan kemungkinan dakwaan jenayah.

China dan Vietnam masing-masing mempunyai tuntutan bertindih ke atas sebahagian besar Laut China Selatan dan pelbagai pulau terpencil dan terumbu. Ketegangan meningkat dalam 2012 dan 2014 apabila Beijing menangkap beberapa nelayan Vietnam kerana menangkap ikan dalam perairan dipertikai. Kedua-dua pihak menuduh yang lain menggertak dan sengaja melanggar kapal saingan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA