Vietnam bantah latihan tentera laut China

Vietnam bantah latihan tentera laut China

HANOI, 23 Julai – Vietnam hari ini membantah latihan tentera laut China berhampiran terumbu karang dan pulau di timur laut Paracels di Laut China Selatan, mengatakan ia telah melanggar kedaulatan Vietnam.

“Tindakan ini benar-benar serius melanggar kedaulatan Vietnam ke atas Pulau Paracels,” kata Le Hai Binh, jurucakap bagi Kementerian Luar Negeri, di sidang akhbar ringkas di Hanoi.

“Vietnam membantah dan meminta China untuk menghormati kedaulatan Vietnam, bertindak dengan cara yang bertanggungjawab, segera berhenti dan tidak mengulangi tindakan serupa yang merumitkan lagi keadaan,” tambahnya.

Tentera laut China memulakan latihan eksais 10 hari di Laut China Selatan semalam, lapor media kerajaan China.

Latihan itu dilancarkan di tengah-tengah ketegangan berhubung kedaulatan Laut China Selatan. Beberapa buah negara Asia, termasuk Filipina, Vietnam dan lainnya, menuntut kuasa ke atas perairan dan pulau sekitarnya. – dpa