Vietnam bersedia bagi taufan super

Vietnam bersedia bagi taufan super

HANOI, Vietnam, 27 Julai – Vietnam kini bersedia untuk menghadapi taufan Mirinae yang dijangkakan akan melanda rantau timur laut negara itu malam ini. Ini adalah taufan pertama yang akan melanda Vietnam pada 2016.

Pihak berkuasa setempat pantai Vietnam dari wilayah utara Quang Ninh hingga wilayah selatan Phu Yen telah mengarahkan agensi-agensi tertentu untuk memeriksa operasi bot-bot di kawasan-kawasan yang diramalkan terjejas oleh taufan itu dan menggesa mereka untuk mengambil perlindungan.

Taufan itu akan membawa angin kencang dan hujan lebat ke utara Vietnam. Kawasan itu juga diberikan amaran akan banjir dan tanah susur yang diakibatkan oleh hujan lebat, Jawatankuasa Penyelia Kebangsaan terhadap Kawalan dan Pencegahan Bencana Alam berkata dalam laman sesawangnya hari ini.

Menurut laporan-laporan setempat dari Quang Ninh hingga Phu Yen, setakat 6 pagi waktu setempat, sebanyak 61,937 bot dengan 270,627 anak kapal telah dimaklumkan mengenai taufan itu dan diarahkan untuk mengambil perlindungan.

Taufan itu dijangkakan akan bergerak dari barat ke barat laut dalam 24 jam seterusnya, dalam kelajuan sehingga 20 kilometer sejam. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA