Vietnam, China lancar kereta pelancong pandu sendiri

Vietnam, China lancar kereta pelancong pandu sendiri

HANOI, 9 Nov – Mulai hari ini, kereta pelancong pandu sendiri boleh melakukan perjalanan secara bebas di antara bandar Mong Cai di utara wilayah Vietnam Quang Ninh dan bandar Dongxing di Rantau Autonomi Guangxi Zhuang China berdasarkan percubaan.

Vu Van Kinh, penolong setiausaha Parti Jawatankuasa bandar Mong Cai, memberitahu agensi berita Vietnam VNA hari ini bahawa pelaksanaan kereta pelancong pandu sendiri di antara Vietnam dan China, yang memenuhi permintaan pelancong, akan merangsang pelancongan antara sempadan dan mencatat sumbangan positif kepada pembangunan kedua-dua bandar Mong Cai dan Dongxing.

Pada hari pertama perkhidmatan hari ini, sebanyak 20 kereta Vietnam dan 20 kereta China menamatkan prosedur imigresen di Pintu Sempadan Antarabangsa Mong Cai. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA