Vietnam dilanda taufan

Vietnam dilanda taufan

HANOI, Vietnam, 28 Julai – Taufan Mirinae, ribut pertama yang melanda Laut Timur, telah membawa hujan lebat dan banjir di utara Vietnam, menurut laporan Vietnam News Agency (VNA).

Menurut Polis Trafik Hanoi, taufan tersebut telah mengorbankan seorang dan mencederakan lima yang lain di daerah Phu Xuyen.

Sejumlah kawasan di bandar itu ditenggelami air sementara ratusan pokok tercabut.

Taufan itu juga mencetuskan terputusnya bekalan elektrik di wilayah-wilayah Thai Binh, Nam Dinh, Ha Nam, Thanh Hoa dan Ninh Binh, dan banjir dan tanah runtuh di wilayah-wilayah pergunungan.

Kelihatan sebatang pokok tercabut daripada akarnya berikutan taufan besar yang melanda di utara Vietnam. - AFP
Kelihatan sebatang pokok tercabut daripada akarnya berikutan taufan besar yang melanda di utara Vietnam. – AFP

Lewat semalam, mata taufan Mirinae berada pada kira-kira 20 darjah utara latitud dan 106.8 darjah timur longitud, hanya di luar pantai dari wilayah Thai Binh hingga Ninh Binh. Anginnya bertiup sehingga 90 kilometer sejam.

Ia dijangkakan bahawa ribut tropika itu akan bergerak dari barat ke barat laut pada kira-kira 15 hingga 20 kilometer sejam.

Ia diramalkan akan berada di kawasan delta utara dengan kelajuan angin 60 kilometer sejam hari ini. – NNN