Vietnam gesa AS cepatkan kerjasama atasi kesan perang

Vietnam gesa AS cepatkan kerjasama atasi kesan perang

HANOI, 8 Julai – Vietnam menggesa Amerika Syarikat untuk meneruskan kerjasama mereka bagi mengatasi peperangan, kata seorang pegawai Vietnam.

Nguyen Chi Vinh, Timbalan Menteri Pertahanan Vietnam berkata demikian ketika membuat lawatan dengan Thomas Ross, Timbalan Penolong Setiausaha Pertahanan AS bagi Kerjasama Keselamatan di ibu Hanoi pada petang Khamis kelmarin, menurut laman web Kementerian Pertahanan hari ini.

Vinh mencadangkan kerjasama yang diutamakan antara Vietnam dan AS itu termasuk rawatan Agent Orange/Dioxin – yang menyebabkan pencemaran alam sekitar, pemindahan bahan logam ‘demining’, bantuan kemanusiaan, bantuan bencana serta mencari dan menyelamat.

Thomas Ross, bagi pihaknya,mengenal pasti cadangan Vietnam itu dan berkata dengan usaha bersama, hubungan per-tahanan antara Amerika Syarikat dan Vietnam akan menjadi lebih praktikal dan berkesan dalam masa yang akan datang. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA