Vietnam hukum mati warga Australia seludup dadah

Vietnam hukum mati warga Australia seludup dadah

HANOI, Vietnam, 30 Jun (AP) – Sebuah mahkamah di selatan Vietnam telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang wanita warga Australia atas kesalahan menyeludup dadah.

Akhbar Tuoi Tre mengatakan Nguyen Thi Huong, 73, disabit bersalah menyeludup 3.5 paun heroin oleh sebuah mahkamah di Bandar Ho Chi Minh dalam perbicaraan yang berakhir setengah hari kelmarin.

Huong, yang sebenarnya berasal dari Vietnam telah ditangkap pada Disember 2014 apabila mendaftar masuk bagi penerbangan ke Australia selepas heroin ditemui disembunyikan dalam 36 ketul sabun dalam bagasinya.

Mahkamah menolak kenyataan Huong bahawa seorang wanita telah memberinya ketulan sabun dan dia tidak mengetahui yang ia mengandungi heroin.

Vietnam mempunyai undang-undang dadah paling ketat di dunia di mana mengedar heroin walaupun hanya dalam jumlah kecil akan dihukum mati.

ARTIKEL YANG SAMA