Vietnam kekal...

Vietnam kekalkan pengharaman tangkapan ikan di wilayah tengah

HANOI, Vietnam, 18 Mei – Vietnam mengekalkan pengharaman menangkap ikan lepas pantai di empat wilayah tengah setahun selepas kilang keluli milik Taiwan mengeluarkan toksik ke laut dan mengakibatkan bencana persekitaran paling teruk di negara itu.

Akhbar kerajaan Tuoi Tre hari ini memetik Timbalan Perdana Menteri Truong Hoa-Binh sebagai berkata para nelayan seharusnya tidak menangkap ikan di perairan lepas pantai dalam jarak 20 batu nautika dari pantai di empat wilayah sehingga Kementerian Kesihatan mendapati ia selamat untuk dimakan dan sumber maritim dipulihkan.

Kompleks keluli bernilai $10.6 bilion, yang termasuklah kilang keluli, loji tenaga dan pelabuhan laut dalam di wilayah Ha Tinh milik Formosa Plastics Group, telah mengeluarkan toksin seperti sianida dan fenol yang melebihi had yang dibenarkan ketika ujian yang dijalankan pada April tahun lalu.

Ia telah mengakibatkan kematian banyak sekali ikan dan hidupan laut yang lain di sepanjang lebih 200 kilometer garisan pantai yang telah begitu menjejaskan komuniti nelayan dan pelancongan di keempat-empat wilayah itu. Pemilik kilang telah diarah membayar ganti rugi $500 juta.

Pada September lalu, Kementerian Kesihatan berkata ujian ke atas contoh hidupan laut di air tidak dalam seperti ikan tuna dan ikan kembung di ke empat-empat wilayah adalah selamat untuk dimakan, manakala 132 dari 1,040 contoh wang diuji ke atas hidupan luat di lepas pantai seperti udang, ketam dan sotong didapati mengandungi fenol.

Beberapa pegawai kanan telah dikenakan tindakan disiplin ekoran peranan mereka dalam bencana ini yang termasuklah Vo Kim Cu, bekas Ketua Parti Komunis dan yang juga gabenor wilayah Ha Tinh. – AP