Vietnam kurangkan nilai mata wang dong

Vietnam kurangkan nilai mata wang dong

HANOI, 7 Mei (AFP) – Bank pusat Vietnam berkata hari ini ia akan mengurangkan nilai mata wang dong untuk kali kedua pada tahun ini dalam usaha untuk merangsang eksport dan menjana ekonomi.

Bank Negara Vietnam (SBV) akan mengurangkan nilai kadar rujukan sebanyak satu peratus kepada 21,673 dong Vietnam setiap dolar untuk “mengatasi kesan pasaran antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Dong kali terakhir diturunkan nilai sebanyak satu peratus pada Januari.

Penurunan nilai dong kedua dalam lima bulan menyusuli “evolusi pasaran kewangan negara dan antarabangsa,” kata kenyataan SBV. Langkah baru itu berkuatkuasa hari ini.

Pada Disember gabernor SBV Nguyen Van Binh berkata pengatur tidak akan melemah dong sebanyak lebih dua peratus pada 2015.

Seorang wanita berbasikal melintas bangunan Bank Negara di Hanoi, Vietnam hari ini. Vietnam telah mengurangkan nilai mata wang dong buat kali kedua tahun ini. – Reuters
Seorang wanita berbasikal melintas bangunan Bank Negara di Hanoi, Vietnam hari ini. Vietnam telah mengurangkan nilai mata wang dong buat kali kedua tahun ini. – Reuters

Penurunan mata wang dong akan membantu eksport Vietnam yang berkembang pesat, termasuk telefon pintar dan elektronik lain yang dihasilkan oleh syarikat Korea Samsung di kilang Vietnam, bersaing dengan pesaing serantau.

Eksport yang meningkat membantu Vietnam mencatat pertumbuhan KDNK tertinggi dalam tiga tahun pada 2014 dengan ekonomi bertumbuh pada kira-kira 5.98 peratus, sementara inflasi meleset kepada 4.09 peratus, angka rasmi menunjukkan.

ARTIKEL YANG SAMA