Vietnam lancar reka cipta logo APEC 2017

Vietnam lancar reka cipta logo APEC 2017

HANOI, 4 Mac (Bernama) – Satu pertandingan reka cipta logo Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2017, yang bakal berlangsung di Vietnam tahun depan, dilancarkan secara rasmi pada Khamis lalu, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Pertandingan anjuran Agensi Pameran, Fotografi dan Seni Halus di bawah Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam terbuka kepada pelukis profesional serta amatur dari seluruh negara itu.

Selain menjadi logo rasmi pada 2017, rekaan yang terpilih sebagai pemenang akan digunakan bagi aktiviti APEC lain di Vietnam. Menurut lembaga pengelola pertandingan, rekaan perlu mencerminkan pemikiran APEC merangkumi kerjasama serantau, identiti kebudayaan Vietnam dan ciri lain berkaitan pengisian APEC 2017.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Pham Binh Minh, Forum APEC adalah satu mekanisme bagi menerajui kerjasama ekonomi serantau serta global, dan sebagai tuan rumah pada 2017, ia juga langkah untuk memperkukuh dasar ekstensif integrasi antarabangsa Vietnam.

ARTIKEL YANG SAMA