Vietnam-Laos tingkatkan penanda sempadan

Vietnam-Laos tingkatkan penanda sempadan

HANOI, 16 Feb – Vietnam dan Laos baru-baru ini selesai menambah dan mempertingkat penanda sempadan di sepanjang sempadan yang dikongsi oleh mereka, satu pencapaian yang disumbang kepada Tentera Rakyat Vietnam, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Kedua-dua negara berkongsi satu sempadan sepanjang 2,337km yang merentasi seluruh 10 wilayah Vietnam dan 10 wilayah Laos. Mereka menandatangani beberapa dokumen penting mengenai sempadan dan wilayah, termasuk satu perjanjian mengenai pembatasan sempadan negara pada Julai 1977, yang berfungsi sebagai satu asas politik dan perundangan untuk penyelesaian isu berkaitan dengan sempadan.

Untuk membina sistem penanda yang tetap dan moden yang memenuhi syarat-syarat mereka dan permintaan perlindungan sempadan, kedua-dua negara melancarkan satu projek untuk menambah dan mempertingkat penanda sempadan pada 2008. Pada Mei 2008, Kementerian Pertahanan Negara mengeluarkan satu arahan mengenai pelaksanaan projek.

Jawatankuasa pemandunya untuk garisan sempadan dan penanaman penanda meramalkan cabaran seperti infrastruktur yang kurang maju, lokasi yang tidak dapat dimasuki dan kelengkapan yang belum meletup (UXO) di kawasan sempadan.

Leftenan Kolonel Phan Thanh Hong, ketua kumpulan penanaman penanda No 2 di tengah wilayah Nghe An, berkata kumpulannya bertanggungjawab terhadap 39 penanda di sepanjang sempadan 155km di antara wilayah Nghe An dan Bolykhamsay di Laos. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA