Vietnam menamakan pengerusi wanita pertama

Vietnam menamakan pengerusi wanita pertama

HANOI, 31 Mac (AFP) – Vietnam menamakan seorang wanita untuk kali pertama untuk memegang jawatan pengerusi dalam Perhimpunan Kebangsaan hari ini, kedudukan keempat paling berpengaruh di negara kata media negeri.

Penggubal undang-undang veteran dan pegawai kanan Parti Komunis Nguyen Thi Lim Ngan dipilih dengan 95.5 peratus undi selepas satu pengundian dalam badan perundangan pada awal hari ini, kata VTV.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perhimpunan Kebangsaan kerana memilih saya,” kata Ngan selepas pengundian, yang disiar di VTV. “Saya menjanjikan kesetiaan penuh saya kepada negara, rakyat dan perlembagaan,” tambah Ngan, yang berasal dari selatan wilayah Ben Tre.

Ngan, 61, dipilih menjadi pengerusi Perhimpunan Kebangsaan pada Januari ketika Kongres Parti Komunis yang diadakan sekali dalam lima tahun, yang pada tahun ini disurami oleh pertempuran puak.

Nguyen Thi Kim Ngan, 61, mengangkat sumpah dalam satu majlis di bangunan Parlimen di Hanoi. – AFP
Nguyen Thi Kim Ngan, 61, mengangkat sumpah dalam satu majlis di bangunan Parlimen di Hanoi. – AFP

Tidak ada calon lain dalam kertas pengundian dan kira-kira 472 daripada 484 penggubal undang-undang yang hadir untuk mengundi menyokongnya, kata VTV. Pelantikan beliau bermakna beliau adalah pegawai parti wanita paling tinggi.

Kebanyakan pegawai Parti Komunis adalah lelaki, tetapi wanita juga diwakili dengan baik, dengan kira-kira 25 peratus daripada wakil Perhimpunan Kebangsaan adalah wanita.

Vietnam berada di tengah penyerahan kepimpinan selepas pemimpin komunis tertinggi negara, Nguyen Phu Trong, dipilih semula sebagai setiausaha agung parti pada Januari dalam satu kemenangan untuk pegawai lama parti.

Perdana Menteri Nguyen Tan Dung tewas dalam pilihan raya parti dalaman dan dijangka meletak jawatan pada minggu depan, apabila Perhimpunan Kebangsaan akan mengundi mengenai pengganti beliau.