Vietnam menerima 2 buah lagi kapal selam

Vietnam menerima 2 buah lagi kapal selam

HANOI, Vietnam, 3 Ogos (Agensi) – Vietnam pada Sabtu lalu mengadakan acara penyerahan bagi dua lagi kapal selam kelas Kilo buatan Rusia, di tengah pelabuhan Cam Ranh, sekitar 1,300km ke selatan ibu negara Hanoi.

Bercakap pada acara itu, laksamana muda, Pham Hoai Nam, pemerintah Tentera Laut Rakyat Vietnam, berkata, kapal–kapal selam tersebut akan menandakan perkembangan baru dalam tentera luat, dan Tentera Rakyat Vietnam secara umumnya, lapor agensi berita VNA yang dikendalikan Vietnam.

Dua kapal selam yang baru diterima itu, dinamakan menggunakan dua bandar pesisir Vietnam Hai Phong dan Khanh Hoa, adalah dari 6 kapal selam kelas 636 Kilo yang ditempah Vietnam dari Rusia.

Pada tahun lepas, Rusia menyerahkan dua kapal selam pertama digelar Hanoi dan Ho Chi Minh City kepada Vietnam.

Kapal–kapal selam kelas 636 Kilo itu memiliki lebih dari 3,000 tan penggantian, dan mampu untuk beroperasi pada kedalaman maksimum 300 meter dan pada kelajuan 20 batu nautika sejam, dengan lebih dari 50 ahli kru.

Ia dikatakan dilengkapi dengan tiub torpedo 533mm, torpedo dan 3M-54 Klub misil anti kapal yang dilancarkan dari kapal selam, menurut VNA.