Vietnam mengutuk serangan restoran Bangladesh

Vietnam mengutuk serangan restoran Bangladesh

HANOI, Vietnam, 4 Julai – Vietnam mengutuk serangan berdarah pada sebuah restoran di ibu negeri Bangladesh sebagai “tindakan kejam dan tidak boleh diterima,” menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, hari ini.

“Vietnam ingin melanjutkan ucapan takziahnya kepada kerajaan Bangladesh dan penduduknya, kepada negara di mana orangnya terkorban dalam kepungan itu dan juga kepada ahli-ahli keluarga para mangsa,” menurut jurucakap MoFA, Le Hai Binh.

Setakat ini, tiada laporan warga Vietnam terjejas dalam insiden berkenaan, kata Binh, menambah bahawa orang-orang Vietnam di Dhaka dinasihatkan untuk membatasi perjalanan mereka dan mengelakkan untuk pergi ke tempat-tempat sesak.

Tujuh lelaki bersenjatakan parang, senjata api dan bahan letupan menyerbu restoran Sepanyol di Dhaka dan membunuh 20 tebusan, termasuk 18 warga asing, pada malam Jumaat dalam krisis tebusan terburuk Bangladesh. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA