Vietnam pasang kamera dalam bas

Vietnam pasang kamera dalam bas

BANDAR HO CHI MINH, 10 April (Xinhua) – Bandar Ho Chi Minh, Vietnam sedang memasang kamera pengawasan dalam bas-bas untuk pengurusan, kawalan dan keselamatan yang lebih bagus, menurut Jabatan Pengangkutan perbandaran hari ini.

Pemasangan itu, dijangkakan akan berkesan untuk mencegah dan memerangi penganiayaan seksual dan kecurian, akan siap menjelang hujung tahun ini, kata Pusat Pengurusan Pengangkutan Awam, jabatan berkenaan.

Dua kamera akan dipasang dalam setiap bas, dan jumlah kos bagi pembelian kamera dan pemasangannya adalah sekitar 13 juta Vietnam dong (kira-kira AS$580) sebuah kenderaan.

Tahun ini, Bandar Ho Chi Minh juga akan menggantikan 500 bas lama dengan yang baru yang beroperasi pada 28 buah laluan yang menerima harga subsidi, dan membina sistem tiket elektronik pintar, menurut pusat berkenaan.

Ho Chi Minh pada masa ini memiliki hampir 3,000 buah bas, kebanyakannya beroperasi dalam tahun 2002-2007.

ARTIKEL YANG SAMA