Vietnam penjara lelaki Kanada dera seksual remaja gelandangan

Vietnam penjara lelaki Kanada dera seksual remaja gelandangan

HANOI, 14 Jan (AFP) – Vietnam telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap seorang guru Kanada selama empat tahun atas kesalahan mendera secara seksual seorang budak lelaki gelandangan bawah umur yang ditemuinya di jalan Hanoi, kata pegawai mahkamah hari ini, dalam satu pendakwaan luar biasa atas kesalahan tersebut.

Vadim Scott Benderman, 46, yang mengajar Bahasa Inggeris di sebuah pusat bahasa asing dan bermain muzik di kelab Hanoi, ditemui bersalah pada perbicaraan di bandar Hanoi, kelmarin.

“Dia telah didakwa kerana didapati melakukan seks bersama empat lelaki remaja gelandangan yang ditemuinya di bandar Hanoi pada lewat 2014 dan ditangkap pada pertengahan tahun lepas,” menurut kerani. Menurut laporan media tempatan, Benderman bertemu budak lelaki berkenaan di tengah Hanoi sebelum memujuk mereka ke apartmennya dan membayar mereka sekitar AS$13 bagi seks.