Vietnam pertikai pendaratan pesawat China

Vietnam pertikai pendaratan pesawat China

BEIJING, 3 Jan (AFP) – Beijing telah menolak bantahan daripada Vietnam selepas pesawat Cina mendarat di terumbu yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan, operasi yang dijalankan di wilayah China itu berkata.

‘Penerbangan Ujian’ China telah mendarat di tempat terumbu yang menjadi pertikaikan itu, jurucakap Kementerian Luar Hua Chunying berkata dalam satu kenyataan dalam talian lewat Sabtu.

Vietnam juga mempertikaikan wilayah tersebut.

China telah menegaskan tuntutannya ke atas hampir semua Laut China Selatan dengan mempercepatkan pembinaan pulau buatan termasuk landasan kapal terbang yang dikatakan mampu menjadi pangkalan jet tentera.

Kerja-kerja pembinaan itu bermula pada tahun 2014 dengan keluasan 3,000 meter (9842 kaki) di landasan terumbu tersebut yang terletak di kepulauan Spratly, sekitar 1,000 kilometer (620 batu) dari wilayah pulau Hainan, China.

Vietnam telah melancarkan ‘kedaulatan’ pelayaran ke atas Kepulauan Spratly di Laut China Selatan yang dipertikaikan. - Agensi
Vietnam telah melancarkan ‘kedaulatan’ pelayaran ke atas Kepulauan Spratly di Laut China Selatan yang dipertikaikan. – Agensi

Hua berkata penerbangan ujian itu merupakan aktiviti di dalam kawasan kedaulatan China sepenuhnya.

Hanoi sebelum ini juga membantah aktiviti penerbangan tersebut dan melabelkannya sebagai melanggar kedaulatan ‘pengaruh keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan’.

“Vietnam tegas membantah tindakan tersebut ke atas China dan meminta China untuk segera menamatkan aktiviti tersebut serta tidak mengulangi langkah yang sama,” kata jurucakap Kementerian Luar, Le Hai Binh di Hanoi.

Pegawai Vietnam juga berkata mereka telah meminta Beijing untuk menyiasat sebuah bot nelayan Vietnam yang karam akibat angkara kapal China yang disyaki terlibat.

Para Nelayan berada kira-kira 60 batu nautika dari Pulau Co Con di tengah-tengah wilayah Quang Tri pada Jumaat lalu apabila bot asing merempuh kapal mereka.

Sebelas anak kapal telah diselamatkan tetapi bot mereka karam, nelayan memberitahu laman berita VnExpress.