Vietnam rampas 619 kg gading yang diseludup

Vietnam rampas 619 kg gading yang diseludup

HANOI, Vietnam, 25 Nov – Pihak berkuasa Vietnam telah merampas 619 kilogram gading yang dihantar masuk secara haram dari Afrika selepas menemui 4 tan di pelabuhan yang sama sejak dua bulan lalu, kata media negeri dan seorang pegawai hari ini.

Gading yang dirampas semalam telah disembunyikan dalam dua kontena yang tiba di pelabuhan Cat Lai di selatan pusat komersial Bandar Ho Chi Minh, kata akhbar Customs di bandar.

Le Dinh Loi, penolong ketua kastam bandar mengesahkan laporan tersebut, namun tidak memberikan butir lanjut pada hari ini.

Akhbar Customs berkata penyeludup menggunakan taktik yang lebih canggih berbanding hantaran sebelumnya dengan membungkus lilin di keliling gading apabila ia ditutup di dalam balak kosong, dan seterusnya menggunakan paku kayu dan bukannya paku besi untuk memperdaya pemeriksaan sinar-X.

Rampasan berlaku seminggu selepas pemimpin dan pegawai kanan dari lebih 40 buah negara bertemu pada persidangan antarabangsa mengenai perniagaan hidupan liar haram di Hanoi, yang dihadiri oleh Putera Britain William.

Gambar yang diambil pada 24 November menunjukkan para pegawai Vietnam sedang memeriksa gading yang dirampas di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam. – AP
Gambar yang diambil pada 24 November menunjukkan para pegawai Vietnam sedang memeriksa gading yang dirampas di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam. – AP

Persidangan menggesa usaha yang dipertingkatkan untuk memerangi perniagaan hidupan liar haram.

Pada persidangan, Putera William, yang menjadi presiden Bersatu untuk Hidupan Liar, memuji Vietnam, China dan negara Asia lain kerana mengambil langkah untuk menentang penyeludupan hidupan liar, namun berkata badak, gajah, tenggiling dan harimau masih dibunuh dalam jumlah yang membimbangkan.

Beliau berkata komuniti antarabangsa tidak bertindak dengan cukup pantas untuk memerangi krisis berkenaan. Vietnam adalah salah transit dan pengguna utama di dunia untuk gading dan tanduk badak.

Gading gajah digunakan sebagai barang kemas dan perhiasan rumah di Vietnam, yang mengharamkan pemburuan gajah yang jumlahnya semakin merosot sekarang. – AP