Vietnam rampas bertan-tan gading gajah, kulit tenggiling

Vietnam rampas bertan-tan gading gajah, kulit tenggiling

HANOI, 24 Nov (dpa) – Pegawai kastam di utara Vietnam berjaya memintas usaha menyeludup hampir satu tan gading gajah dan lebih dari dua tan kulit tenggiling (pangolin) yang dalam perjalanan ke China, pihak berkuasa berkata hari ini.

Barang seludup itu telah dirampas pada Ahad lepas oleh inspektor-inspektor di pintu masuk sempadan Hoanh Mo di wilayah Quang Ninh, pegawai kastam Pham Van Hung berkata.

Para inspektor mula curiga terhadap penghantaran Syarikat Phuc Tuan yang diisytiharkan mengandungi 1,279 kotak kepala ikan beku, yang mempunyai berat hampir 29,000 kilogram dan berasal dari Taiwan, menurut pejabat kastam.

Di tengah-tengah himpunan kepala ikan, para pegawai menjumpai 860 kilogram gading dan 2,116 kulit tenggiling yang disimpan dalam beg putih.

ARTIKEL YANG SAMA