Vietnam rancang pelayaran pelancongan ke Spratly

Vietnam rancang pelayaran pelancongan ke Spratly

HANOI, 3 Jun (dpa) – Syarikat-syarikat pelancongan Vietnam yang memancing para pelancong untuk menikmati kecantikan Teluk Ha Long dan tarikan Hoi An mungkin kelak membesar-besarkan ketegangan kepulauan Spartly, sebuah kepulauan yang menjadi tumpuan pertikaian wilayah antarabangsa.

Pihak berkuasa di bandar terbesar Vietnam, Bandar Ho Chi Minh telah meluluskan rancangan yang membenarkan syarikat-syarikat pelancongan tempatan untuk mengatur pelayaran persiaran laut melalui kepulauan Laut China Selatan, yang mana di situ China telah mencetuskan kegemparan antarabangsa dengan projek pembinaan pulaunya, menurut laporan berita hari ini. Sebelumnya, hanya syarikat-syarikat pelancongan yang beribu pejabat di Hai Phong di utara Vietnam dibenarkan belayar ke kawasan itu.

Spratly adalah destinasi pelancongan yang tidak disangka, yang terdiri dari kepulauan berbatu besar kecil yang berselerakan dan terumbu, meskipun sesetengahnya telah dimajukan dalam tahun-tahun kebelakangan dengan bangunan, tapak simpanan dan malah landasan kapal terbang. Pelayaran persiaran dari Bandar Ho Chi Minh ke kepulauan-kepulauan – pelayaran dua hari sehala – akan menerokai perairan tempat tentera laut China baru-baru ini dituduh menyerang kapal Vietnam, dan yang mana pertempuran laut kerap berlaku.

Pihak berkuasa Bandar Ho Chi Minh meminta syarikat-syarikat pelancongan ‘menawarkan harga berpatutan untuk menarik minat para pelancong ke kepulauan itu,’ seawal 22 Jun, lapor akhbar Tuoi Tre.

Pelancongan itu bukanlah yang pertama. Disember lalu, syarikat Pelancongan Hoa Binh yang beribu pejabat di Hai Phong telah mengaturkan pelayaran persiaran selama 7 hari ke kawasan itu, termasuklah peluang melawat tentera, para penduduk dan sebuah muzium yang menggambar usaha untuk mempertahankan kepulauan itu.

Dalam bulan Februari, Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan rancangan untuk melancarkan penerbangan komersial ke Truong Sa Lon, atau Pulau Besar Spartly.

Kegiatan China di Laut China Selatan dipertikaikan oleh Vietnam, Filipina, Indonesia, Malaysia, Brunei dan Taiwan yang kesemuanya menuntut bahagian-bahagian yang bertindih.

ARTIKEL YANG SAMA