Vietnam sekat import epal China

Vietnam sekat import epal China

HANOI, 22 Okt – Pengeksport epal China akan terpaksa muncul dengan pembungkusan baru yang tidak menimbulkan kontroversi jika mereka ingin menyambung semula penghantaran buah-buahan ke Vietnam, kata pihak berkuasa hari ini.

“Para pengimport perlu membatalkan karton-karton berkenaan jika mereka ingin mengimport buah epal ke Vietnam, kata timbalan pengarah kastam Pham Trung Vinh di wilayah Quang Ninh memberitahu dpa.

Pihak berkuasa di wilayah itu, yang bersempadan dengan wilayah Guangxi China, mula enggan menerima penghantaran buah epal China pada lewat September selepas menyedari bungkusan karton telah dicetak dengan dakwaan ‘Pulau Diaoyu milik China’ dalam Bahasa Inggeris dan Cina.

Pulau Laut China Timur juga dituntut oleh Jepun, yang mengelarnya Senkaku.

Vietnam juga terlibat dalam pertikaian wilayah dengan China ke atas Pulau Paracel dan Spartly di Laut China Selatan.

Mesej pada karton itu mencabul undang-undang antarabangsa dan Vietnam, menurut satu kenyataan daripada laman web rasmi kastam Vietnam. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA