Vietnam tahan aktivis anti-China

Vietnam tahan aktivis anti-China

HANOI, 17 Julai – Ramai aktivis ditahan di bandar Vietnam,hari ini, ketika mereka berhimpun untuk membantah China selepas ia menolak perintah antarabangsa baru-baru ini yang menolak tuntutannya ke atas sebahagian besar Laut China Selatan.

Sentimen anti-China berakar dalam komunis Vietnam tetapi pemerintah autoritarian negara bertindak pantas memadamkan luahan kemarahan awam, bimbang itu akan membolehkan bantahan-bantahan seumpama itu mungkin memberanikan kritikan terhadap pemerintahan mereka.

Para aktivis telah menggunakan media sosial untuk mengadakan bantahan di Hanoi hari ini selepas perintah minggu ini oleh Mahkamah Tetap Penimbangtaraan (PCA) di The Hague yang mendapati tidak ada asas undang-undang bagi tuntutan Beijing ke atas kawasan luas Laut China Selatan.

Kes itu dikemukakan oleh Filipina tetapi perintah itu adalah rahmat bagi negara-negara serantau lain seperti Vietnam yang juga membuat tuntutan ke atas laut strategik itu.

Pihak berkuasa di bandar Hanoi bersedia bagi menangani bantahan.

Seorang polis (kanan) bereaksi terhadap aktivis yang membantah memegang pemidang anti-China di Hanoi, 17 Julai. Aktivis ditahan di ibu negara Vietnam itu ketika mereka berhimpun untuk membantah China selepas ia menolak keputusan antarabangsa baru-baru ini yang menidakkan tuntutannya di sebahagian besar Laut China Selatan. –AFP
Seorang polis (kanan) bereaksi terhadap aktivis yang membantah memegang pemidang anti-China di Hanoi, 17 Julai. Aktivis ditahan di ibu negara Vietnam itu ketika mereka berhimpun untuk membantah China selepas ia menolak keputusan antarabangsa baru-baru ini yang menidakkan tuntutannya di sebahagian besar Laut China Selatan. –AFP

Pasukan keselamatan berpakaian biasa dikerah, mengawal kebanyakan tengah bandar dan memberi perhatian kepada mana-mana orang awam yang mungkin berhimpun, menurut seorang pemberita AS yang berada di tempat kejadian itu.

Sepanjang pagi kira-kira 30 aktivis segera dibawa oleh pasukan keselamatan memasuki bas-bas dan kereta yang menanti selepas mereka berhimpun untuk mengadakan bantahan berhampiran tasik terkenal di bandar itu, Hoan Kiem, tempat biasa bagi tunjuk perasaan.

Sesetengah mereka melaungkan ‘Tidak kepada serangan China,’ ketika mereka dibawa pergi untuk ditahan.

Kemudian lewat hari itu, sekumpulan seramai sembilan orang aktivis mengadakan perhimpunan singkat ber-hampiran kedutaan Filipina. Seorang membawa sepanduk yang tercatat perkataan “Terima kasih Filipina, Kamu memiliki kerajaan yang berani.” -AFP