Vietnam tangk...

Vietnam tangkap 7 kakitangan bank berhubung rasuah AS$21 juta

HANOI, 11 Jan – Polis Vietnam telah menangkap tujuh bekas pekerja bank yang dituduh telah meluluskan pinjaman haram yang membawa kepada kerugian sebanyak AS$21 juta, lapor media kerajaan hari ini, dalam skandal terbaru yang melanda sektor kewangan negara itu.

Mereka yang ditangkap oleh polis antirasuah lewat kelmarin termasuk bekas pengerusi Hoang Van Toan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tran Son Nam dari TrustBank, menurut akhbar milik kerajaan, Tuoi Tre.

Di bawah pengurusan mereka, bank itu telah meluluskan dua pinjaman yang ‘mengakibatkan kerugian sekitar AS$21 juta kepada TrustBank,” menurut laporan tersebut.

Selepas tempoh pemegangan mereka berakhir, bank itu telah menukar namanya kepada Vietnam Construction Bank pada 2013 dan semakin terlibat dalam skandal rasuah lebih besar yang dilaporkan mengakibatkan kerugian lebih AS$400 juta.

Pada September lalu, seramai 36 bekas kakitangan bank telah disabit bersalah kerana menjalankan sindiket rasuah dan dijatuhkan antara 30 tahun penjara dan hukuman percubaan selama tiga bulan. – AFP