Vietnam tempelak Taiwan

Vietnam tempelak Taiwan

HANOI, 25 Mac (Reuters) – Vietnam menempelak Taiwan semalam selepas membawa wartawan ke sebuah pulau yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

Menurut Taiwan lawatan itu melanggar undang-undang dan tidak membawa makna sekali gus melanggar kehendak masyarakat antarabangsa.

Maklum balas Kementerian Luar Negara Vietnam berhubung lawatan pertama media antarabangsa ke pulau Itu Aba di kepulauan Spratly agak pantas.

Lazimnya Vietnam lambat membangkitkan bantahan terhadap isu membabitkan pertikaian wilayah. Vietnam, Taiwan, China, Malaysia, Filipina dan Brunei mempunyai tuntutan bertindan di kepulauan Spratly.

Sebuah monument bertulis ‘Republik Rakyat China, Kepulauan Spratly, Pulau Taiping’ di Pulau Itu Aba yang Taiwan panggil sebagai Taiping di Laut China Selatan dirakamkan pada 23 Mac lalu. – Reuters
Sebuah monument bertulis ‘Republik Rakyat China, Kepulauan Spratly, Pulau Taiping’ di Pulau Itu Aba yang Taiwan panggil sebagai Taiping di Laut China Selatan dirakamkan pada 23 Mac lalu. – Reuters

“Taiwan yang tidak mempedulikan bantahan Vietnam serta masyarakat antarabangsa, menghantar wartawan ke Taiping Island,” kata jurucakap Kementerian Luar Le Hai Binh dalam satu kenyataan.

“Ini merupakan pelanggaran serius kedaulatan Vietnam, memuncakkan ketegangan dan tidak kondusif untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan,” tambah beliau. Itu Aba mula menjadi tumpuan selepas Filipina mencabar kesahihan tuntutan China ke atas sebahagian besar Laut China Selatan, berasaskan sembilan garis kontroversi pada petanya.

Lawatan media itu adalah sebahagian daripada kempen propaganda Taiwan ke atas Itu Aba, yang turut menyaksikan lawatan berprofil tinggi oleh Presiden Ma Ying-jeou pada Januari lalu.