Vietnam temui 8 mayat dari pesawat hilang

Vietnam temui 8 mayat dari pesawat hilang

HANOI, Vietnam, 29 Jun (AP) – Pihak tentera Vietnam mengatakan mayat lapan kru dari sebuah pesawat pencari yang terhempas dua minggu lalu semasa mencari jet pejuang yang hilang telah ditemui.

Kementerian Pertahanan mengatakan hari ini bahawa pihak berkuasa masih lagi mencari tentera yang hilang dari pesawat berkenaan.

Kementerian mengatakan kotak hitam pesawat peronda maritim itu, yang merakamkan suara dalam kabin dan data penerbangan, telah ditemui dan sedang dianalisis bagi memastikan punca pesawat nahas itu.

Pesawat udara Casa-212 yang dikilangkan oleh Airbus itu terhempas berhampiran pulau Bach Long Vi di Teluk Tonkin pada 16 Jun semasa mencari sebuah jet pejuang yang hilang dua hari awal dalam penerbangan latihan.

Dua kapal terhempas itu adalah siri kemalangan terbaru melibatkan tentera Vietnam.