Vietnam tuduh China tenggelamkan bot mereka

Vietnam tuduh China tenggelamkan bot mereka

HANOI, 12 Julai – Vietnam telah menuduh pengawal pantai China menenggelamkan sebuah bot nelayan berhampiran rangkaian pulau yang dipertikaikan, kata pihak berkuasa hari ini, sebelum keputusan yang disokong PBB mengenai tuntutan di Laut China Selatan.

Dua bot Vietnam dikejar oleh dua kapal pengawal pantai China pada petang Sabtu di luar wilayah Vietnam Quang Ngai, kata Persatuan Perikanan Vietnam (Vinafis) dalam satu kenyataan.

Sebuah kapal dinaiki oleh pengawal pantai China yang memaksa krew keluar dari kapal, kata Vinafis, sementara kapal kedua dihalang daripada sampai kepada nelayan yang terkandas.

“Lelaki China melompat masuk ke bot nelayan Vo Van Luu, menyerang kelasi Vietnam dan menenggelamkan kapal,” memaksa lima anggota krew keluar daripada kapal, kata kenyataan.

Kelima-lima nelayan berada di laut sehingga malam, apabila kpal kedua Vietnam berjaya menghampiri kawasan itu.

Salah sebuah bot nelayan Vietnam yang berada di perairan mereka. - AFP
Salah sebuah bot nelayan Vietnam yang berada di perairan mereka. – AFP

Vinafis “mengecam” kejadian itu dan menuntut pampasan daripada China.

Tidak adanya komen daripada China mengenai dakwaan tersebut.

Beijing menuntut hampir kesemua Laut China Selatan, menyebabkannya berselisih dengan negara jiran serantau Filipina, Vietnam, Malaysia, Brunei dan Taiwan, yang juga mempunyai sebahagian daripada tuntutan.

Lewat hari ini, Mahkamah Tetap Penimbang Tara (PCA) yang disokong oleh PBB di The Hague dijangka memutuskan mengenai kesahan tuntutan China di kawasan laut yang dicabar oleh Filipina. – AFP