Vietnam beri amaran jangkitan Zika

Vietnam beri amaran jangkitan Zika

HANOI, 6 Sept – Vietnam mungkin akan melaporkan kes jangkitan Zika terbaru dalam masa yang akan datang, menurut Kementerian Kesihatan Vietnam hari ini.

Kes jangkitan virus Zika telah dilaporkan di Vietnam pada masa lalu dan bilangan Aedes aegypti yang membawa kepada virus Zika dan virus denggi semakin meningkat ketika Vietnam dilanda musim hujan.

Pertukaran perjalanan di kalangan negara-negara di Asia tenggara juga memiliki risiko yang tinggi bagi penularan virus itu di negara-negara jiran Vietnam termasuk Singapura, Ketua Jabatan Kementerian Perubatan dan Pencegahan memberitahu di laman webnya.

Setakat ini, Vietnam telah menguji sebanyak 2,554 sampel dan mengesan tiga kes yang positif dengan virus Zika di bandar selatan Ho Chi Minh, Khanh Hoa dan wilayah Phu Yen.

Hanoi dan Ho Chi Minh adalah dua pintu masuk udara utama ke Vietnam, manakala Khanh Hoa adalah destinasi pelancongan popular. – Xinhua