Vijender juara WBO Asia-Pacific Super Middleweight

Vijender juara WBO Asia-Pacific Super Middleweight

NEW DELHI, 18 Julai – Bintang tinju India, Vijender Singh dimahkotakan juara WBO Asia-Pacific Super Middleweight pada Sabtu lalu selepas mengetepikan Kerry Hope dari Australia dengan keputusan sebulat suara dalam pertarungan profesional di New Delhi.

Singh, yang menjadi warga India pertama memenangi pingat menerusi tinju dengan membawa pulang pingat gangsa dari Olimpik 2008, mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam pertarungan ketujuhnya sejak bertukar menjadi pro pada tahun lepas.

Dibesarkan dari negeri jiran Haryana, petinju itu, 30, tidak mengecewakan di depan penonton yang padat di stadium Thyagaraj, Delhi yang berada dalam kegembiraan selepas pusingan ke-10 dan terakhir.

Singh, yang memenangi kesemua pertarungan sebelumnya menerusi knockout atau TKO, mencatatkan 98-92, 98-92, 100-90 menentang bekas juara WBC Eropah itu.

Hope, 34, yang mencatatkan rekod 23-7 untuk berada dalam pertarungan itu, menggunakan pengalaman profesionalnya selama 12 tahun untuk terus kekal dalam pertarungan menentang pendatang baru. Tetapi Singh dilihat sukar dihentikan.

Reaksi peninju India, Vijender Singh selepas memenangi gelaran WBO Asia Pacific Super Middleweight menewaskan Kerry Hope di New Delhi, India, Sabtu lalu. – AP
Reaksi peninju India, Vijender Singh selepas memenangi gelaran WBO Asia Pacific Super Middleweight menewaskan Kerry Hope di New Delhi, India, Sabtu lalu. – AP

Singh dilihat melepaskan beberapa tumbukan kencang dari loceng permulaan tetapi pendekatan agresif Hope mengekalkan taktiknya sentiasa dalam perhatian.

Singh bergantung ke atas tumbukan kanan, mendapatkan kelebihan dari saiz badannya setinggi enam kaki dan tumbukan lebih panjang berbanding pesaingnya kelahiran Wales, Australia, yang mempunyai ketinggian 5 kaki 10 inci.

“Ia bukanlah mengenai diri saya, ia adalah mengenai negara saya,” kata Singh selepas dimahkotakan sebagai pemenang.

Wira tempatan telah menghoskan atlet-atlet terbaik, selebriti dan ahli politik di luar gelanggang untuk meraikan kejayaan gelaran pronya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA