Viktor Kassai pengadil pembukaan Euro

Viktor Kassai pengadil pembukaan Euro

PARIS, 8 Jun – Viktor Kassai dipilih sebagai pengadil perlawanan pembukaan Kejohanan Eropah Sabtu ini, empat tahun selepas melangkah keluar daripada Euro 2012 ekoran kesilapannya yang mendorong penggunaan teknologi garisan gol diguna pakai di Perancis kali ini.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) berkata, Kassai dan penolong pengadil dari Hungary akan bertugas ketika perlawanan Perancis melawan Romania di Stade de France di Paris.

Empat tahun lalu, Kassai menafikan gol pasukan tuan rumah bersama, Ukraine ketika menentang England apabila rembatan Marko Devic melintasi garisan gol sebelum dikeluarkan.

England mengekalkan pendahuluan 1-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan itu dan mara ke suku akhir berbanding Ukraine.

UEFA tidak menyalahkan Kassai atas keputusan penolongnya berhubung gol itu tetapi berkata yang dirinya tidak akan mengadili mana-mana perlawanan Euro 2012 lagi selepas itu.

Sistem teknologi garisan gol Hawk-Eye akan digunakan pada Euro 2016. – AP

ARTIKEL YANG SAMA