Villa, Citizen buat temu janji Piala FA

Villa, Citizen buat temu janji Piala FA

LONDON, 20 Jan – Jaringan lewat Ciaran Clark dan Idrissa Gueye memberikan pasukan bergelut Liga Perdana Inggeris Aston Villa kemenangan 2-0 ke atas pasukan divisyen empat Wycombe Wanderers dalam aksi ulangan pusingan ketiga Piala FA, kelmarin.

Pasukan bawah Liga Perdana Inggeris itu yang kelihatan dalam laluan penyingkiran ke dalam Liga Kejuaraan, hanya mampu seri 1-1 dengan Wycombe – tangga ketujuh dalam Liga Dua – apabila kedua-dua pasukan pertama kali bertemu 10 hari sebelum ini.

Pertemuan di Villa Park membuktikan perjuangan getir tetapi tandukan Clark pada minit ke-75 dan jaringan saat akhir Gueye memberikan Villa peluang untuk beraksi pada pusingan keempat di laman sendiri menentang Manchester City.

Rakan kelab Liga Perdana Villa, West Bromwich Albion juga memperoleh kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan peringkat kedua, Bristol City.

Penyerang Venezuela Salomon Rondon menjaringkan gol tunggal permainan pada minit ke-52, selepas menampan hantaran Craig Dawson dengan dada sebelum merembat kencang untuk membolehkan West Brom menentang pasukan divisyen tiga Peterborough United di laman sendiri. – AFP

Ciaran Clark menjaringkan gol pertama Aston Villa semasa menentang Wycombe Wanderers pada pus-ingan ketiga Piala FA di Villa Park, 16 Januari lalu. - Reuters
Ciaran Clark menjaringkan gol pertama Aston Villa semasa menentang Wycombe Wanderers pada pus-ingan ketiga Piala FA di Villa Park, 16 Januari lalu. – Reuters