Villa Mauri perkenal hidangan terbaru

Villa Mauri perkenal hidangan terbaru

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Villa Mauri hari ini melancarkan promosi hidangan terbarunya iaitu lapan hidangan Spaghetti Allegretti, yang mana promosi ini telah pun bermula 8 Ogos lalu hingga 9 September 2016.

Kelapan-lapan hidangan ini merupakan gabungan sempurna mi spageti, minyak zaitun, cendawan, cili dan mentega berkrim.

Pemilik dan Cef Villa Mauri, Mauritzo Intrigila berkata, pihaknya sentiasa berusaha menghasilkan cita rasa inovatif bagi memikat hati pelanggan mereka.

“Walaupun ada pelanggan kami yang risau mengenai harga, akan tetapi ia berbaloi bagi mereka mencintai makanan Itali yang berkualiti dan sedap. Promosi Spaghetti Allegretti memang sudah termasuk dengan harga istimewa sepanjang promosi berlangsung,” ujarnya.

Spaghetti Siciliana gabungan sayur terung, tomato dan parmesan.
Spaghetti Siciliana gabungan sayur terung, tomato dan parmesan.
Spaghetti Zucchine gabungan udang aglio, pasta, parsley segar dan mentega.
Spaghetti Zucchine gabungan udang aglio, pasta, parsley segar dan mentega.
Cef Mauritzo bergambar ramai bersama kakitangannya.
Cef Mauritzo bergambar ramai bersama kakitangannya.
Cef Mauritzo ketika ditemu bual.
Cef Mauritzo ketika ditemu bual.

Bagi hidangan-hidangan yang lain, pelanggan juga boleh menggunakan kad diskaun dan mendapatkan diskaun 10 peratus, 20 peratus, dan 30 peratus mengikut terma dan syarat, tambah beliau.

“Dengan harga yang berpatutan daripada biasa, Villa Mauri yakin pelanggan tidak akan kecewa,” katanya pada sesi mencuba makanan hidangan Cef Mauri terbaru di Villa Mauri, Kampung Sungai Hanching, Jalan Muara.

“Kumpulan Restoran Cef Mauri sentiasa mencuba perkara baru untuk meraikan pelanggan dengan hidangan-hidangan kami,” katanya lagi, yang memberitahu Villa Muari sudah mempunyai senarai lebih 80 hingga 100 menu.

Orang ramai yang ingin mencuba hidangan-hidangan baru ini boleh mengunjungi Villa Mauri Sungai Hanching dan cawangan-cawangannya di Kuala Belait dan Bandar Seri Begawan.

ARTIKEL YANG SAMA