Villa Mauri tawar hidangan berasaskan lentil

Villa Mauri tawar hidangan berasaskan lentil

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Bermula 7 Disember 2015 lalu sehingga 8 Februari 2016, restoran makanan Itali yang bernaung di bawah Kumpulan Mauri menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus.

Sehubungan itu, Villa Mauri dan cawangannya yang lain, hari ini telah memperkenalkan hidangan berasaskan lentil yang merupakan salah satu daripada promosi terkini restoran berkenaan yang terletak di Jalan Muara.

Hidangan yang diperkenalkan termasuk Lentil Bruschetta, Lentil Pasta, Lentil Pizza and Lentil Sea Bass.

Mengulas mengenai potongan harga berkenaan, Cef Maurizio atau lebih dikenali dengan nama Cef Mauri memberitahu, ia diadakan bersempena dengan kempen potongan harga hujung tahun termasuk makanan dan minuman yang terdapat di sana serta juga bagi mereka yang makan di sana atau membawa pulang.

Lentil Pizza dan Lentil Sea Bass.
Lentil Pizza dan Lentil Sea Bass.

“Lentil adalah sebahagian daripada tradisi di Itali yang melambangkan kemakmuran dan kegembiraan dan kami sangat gembira untuk berkongsi pengalaman ini bersama penduduk negara ini,” ujarnya mengenai hidangan promosi tersebut.

Menurutnya lagi, di Itali lentil dimakan pada setiap 1 Januari sebagai nasib baik dalam tahun baru.

Selain itu, lentil mempunyai banyak khasiat, yang mana ia merupakan sumber zat besi, agen menurunkan berat badan, sumber serat, protein, galian dan vitamin yang bermanfaat kepada tubuh badan.

ARTIKEL YANG SAMA