Villa, suntik semangat NYCFC

Villa, suntik semangat NYCFC

NEW YORK, 27 Julai (AFP) – David Villa menjaringkan dua gol bagi membantu memastikan rakan sepasukan baru, Andrea Pirlo melancarkan kerjayanya dalam Major League Soccer dengan bergaya setelah New York City FC menang 5-3 ke atas Orlando.

Pirlo, midfield yang memenangi Piala Dunia dan menikmati gelaran bintang di AC Milan, di mana dia memenangi dua gelaran Liga Juara–Juara dan empat musim di Juventus untuk memenangi empat mahkota Serie A, menjadi perhatian dalam perlawanan di Stadium Yankee antara dua kelab MLS itu.

Laungan ‘Kami Mahu Pirlo!’ dijawab pada minit ke-57, apabila pemain dari Itali itu memasuki perlawanan dan disambut sorakan gemuruh daripada 32,041 penonton.

Dia bercakap seketika dengan bekas rakan sepasukannya di AC Milan Kaka dan sekarang membintangi Orlando, kemudian menyelesaikannya segera dengan setiap sentuhannya menjadi keriuhan peminat.

“Begitu emosi apabila saya berada di atas padang,” kata Pirlo. “Biarpun panas, ia dirasakan hebat. Sejak kami memenanginya, ia menjadi lebih baik.”

David Villa (kiri) ketika menentang Toronto FC 12 Julai lalu. Dalam aksi menentang Orland semalam, Villa menjaringkan dua gol sekali gus menyuntik semangat NYCFC untuk musim baru. - Reuters
David Villa (kiri) ketika menentang Toronto FC 12 Julai lalu. Dalam aksi menentang Orland semalam, Villa menjaringkan dua gol sekali gus menyuntik semangat NYCFC untuk musim baru. – Reuters

Kemahiran Pirlo dengan segera memberikan kesan kepada rakan sepasukannya yang baru.

“Istimewa, pemain yang jelas istimewa, seorang lelaki yang melihat hantaran yang tidak kami lihat, yang boleh membuka permainan,” kata jurulatih New York City, Jason Kreis.

“Daripada apa yang saya lihat, inilah pembukaan pasukan kami dan menggunakan setiap ruang di luar sana kerana mereka merasakan dia boleh mencarinya.”

Tambah penyerang Sepanyol, Villa, penjaring terbanyak dan kapten pasukan NYCFC: “Setengah jam Pirlo amat menarik.” Tetapi Villa pula yang membuat perbezaan.

Rembatan pertama Villa memberikan tuan rumah pendahuluan 1-0 pada akhir separuh masa pertama selepas mengawal bola hantaran Angelino dengan satu sentuhan, berpusing dan meledak dengan kaki kanan untuk menewaskan penjaga gol Orlando, Tally Hall.

ARTIKEL YANG SAMA