Villar tarik balik bidaan jawatan ketua UEFA

Villar tarik balik bidaan jawatan ketua UEFA

MADRID, 7 Sept – Angel Maria Villar, ketua persatuan bola sepak Sepanyol, mengumumkan kelmarin bahawa dia telah menarik balik bidaannya untuk menggantikan Michel Platini yang digantung sebagai presiden UEFA.

Tindakannya itu kini menjadikan hanya dua calon bagi jawatan tertinggi bola sepak Eropah iaitu Aleksander Caferin dari Slovenia dan Minchael van Praag dari Belanda. “Setelah memikirkan masak-masak, saya membuat keputusan untuk menarik balik bidaan saya,” ujar Villar dalam satu keterangan yang disiarkan pada laman sesawang Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF).

“Terdapat ramai perwakilan bola sepak Sepanyol menyuarakan pendapat mereka dan mahukan saya untuk meneruskan kerja buat bola sepak negara saya dengan menyerahkan bidaan baru dalam beberapa bulan untuk menjadikan saya semula Presiden RFEF.”

Pemilihan bagi jawatan itu akan diadakan di Kongres UEFA di Athen pada 14 September ini.

Setiap 55 negara ahli UEFA mempunyai hak satu undi dalam undian itu.

Kedua-dua calon yang tinggal membida untuk menggantikan Platini selepas warga Perancis itu, dalam jawatan sejak 2007, digantung dari segala aktiviti berkaitan bola sepak oleh FIFA buat empat tahun atas kesalahan kesalahan etika.

Akhbar berpengaruh harian sukan Sepanyol melaporkan Villar, yang menerajui persatuan bola sepak Sepanyol sejak 1988, menarik balik bidaannya disebabkan tidak mempunyai sokongan yang cukup.

Ia menambah, pertubuhan-pertubuhan utama seperti Perancis, Rusia dan Jerman telah membuat keputusan untuk mengundi Ceferin. – AFP