Villareal peroleh kelebihan

Villareal peroleh kelebihan

SEPANYOL, 29 April – Jaringan kemenangan pada minit akhir yang dihasilkan oleh Adrian Lopez meletakkan Villarreal semakin hampir untuk ke final piala pertama mereka menerusi kemenangan 1-0 mengatasi Liverpool pada separuh akhir pertama Liga Europa semalam.

Permainan yang hanya menampilkan beberapa peluang itu ditentukan oleh gol menarik pada penamat permainan ketika Denis Suarez melorongkan bola buat pemain gantian, Lopez untuk menampan dari jarak dekat untuk gol perlawanan.

Roberto Firmino memberikan peluang terbaik buat Liverpool tetapi terkena palang pada babak kedua ketika skuad Jurgen Klopp kini memerlukan satu lagi kebangkitan pada saingan Eropah di Anfield untuk mara ke final di Basel pada 18 Mei.

Kematian 96 penyokong Liverpool dalam tragedi Hillsborough 27 tahun lalu diingati sebelum sepak mula selepas inkues terbesar dalam sejarah perundangan di England mendapati kematian mereka menyalahi undang-undang. Penyokong Villarreal membawa kain rentang tertulis “96 You’ll Never Walk Alone.” – AFP

Aksi kedua-dua pasukan dalam perlawanan tersebut. – AFP
Aksi kedua-dua pasukan dalam perlawanan tersebut. – AFP