Villarreal kembali ikut rentak

Villarreal kembali ikut rentak

MADRID, 2 Mei (AFP) – Villarreal memanaskan badan menjelang perlawanan kedua separuh akhir Liga Europa menentang Liverpool apabila mengesahkan kedudukan keempat La Liga dengan kemenangan 2-0 mengatasi Valencia, awal pagi tadi.

Pasukan The Yellow Submarine itu boleh menarik nafas lega apabila dijamin tiket ke kelayakan Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh empat tahun, tetapi berpeluang untuk turut serta secara terus ke dalam peringkat kumpulan jika memenangi kejuaraan besar pertama mereka di Liga Europa.

Gol pada babak pertama daripada Samuel Garcia dan Adrian Lopez yang turut menjaringkan gol pada masa tambahan dalam kemenangan perlawanan pertama 1-0 kepada Liverpool – menaikkan Villarreal kini dengan enam mata di depan Athletic Bilbao biar berbaki dua perlawanan.

Athletic menewaskan Celta Vigo untuk berada di kedudukan kelima apabila bangkit menewaskan Galicians 2-1, semalam.

Pemain tengah Villarreal, Rodrigo ketika beraksi menentang pemain Valencia di Stadium Mestalla, Valencia. Villarreal mengesahkan kedudukan keempat La Liga dengan kemenangan 2-0 mengatasi Valencia, awal pagi tadi.
Pemain tengah Villarreal, Rodrigo ketika beraksi menentang pemain Valencia di Stadium Mestalla, Valencia. Villarreal mengesahkan kedudukan keempat La Liga dengan kemenangan 2-0 mengatasi Valencia, awal pagi tadi.

Fabian Orellana menjaringkan gol pembukaan buat Celta sebelum Aritz Aduriz menyamakan kedudukan untuk gol ke-34 pemain itu musim ini daripada kedudukan penalti. Gustavo Cabral dibuang padang berikutan menendang Aduriz di kepala dan Athletic mengambil kesempatan terhadap kekurangan lawan apabila Raul Garcia menjaringkan kemenangan pada minit ke-18.

Berada di tangga terbawah, Getafe memberi peluang kepada mereka untuk untuk meraih sedikit kemenangan dengan jaringan 2-0 menewaskan 10 pemain Deportivo la Coruna hasil jaringan Pedro Leon dan Carlos Vigaray.

Getafe kini terikat dengan Sporting Gijon dan Rayo Vallecano pada 35 mata, tetapi kekal dalam zon penyingkiran.