Villarreal sekat rentak Real

Villarreal sekat rentak Real

MADRID, 22 Sept – Rekod 16 kemenangan Real Madrid dalam Liga Sepanyol berakhir awal pagi tadi selepas sekadar seri 1-1 dengan Villarreal di Santiago Bernabue.

Juara Eropah itu berpeluang untuk mengatasi rekod 16 kemenangan yang dicipta Barcelona ketika di bawah Pep Guardiola pada 2010/2011 tetapi terpaksa membayar harga yang tinggi susulan aksi hambar babak pertama.

Kapten Villarreal, Bruno Soriano meletakkan pasukan pelawat di depan menerusi sepakan penalti pada masa tambahan babak pertama sebelum Sergio Ramos menyamakan kedudukan selepas waktu rehat.

Bagaimanapun, Real terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga, tiga mata meninggalkan Barcelona yang turut seri 1-1 dengan Atletico Madrid.

“Kami tidak beraksi dengan baik pada babak pertama perlawanan. Babak kedua semua pemain bermain dengan baik tetapi kamu tidak semestinya mampu mengutip tiga mata selepas berakhir perlawanan.

Bruno Soriano menyempurnakan sepakan penalti semasa menentang Real di stadium Santiago Bernabeu kelmarin. – AFP
Bruno Soriano menyempurnakan sepakan penalti semasa menentang Real di stadium Santiago Bernabeu kelmarin. – AFP

Kami sedar kami perlu bekerja keras dan melakukan perubahan,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

Ronaldo dan Bale kembali bersama pasukan yang menang 2-0 di Espanyol. Walau bagaimanapun, seperti pada akis pembukaan Liga Juara-Juara menentang Sporting Lisbon minggu yang lalu, Real tidak berubah sebelum rehat manakal Villarreal pula menikmati peluang yang lebih baik.

Denis Cheryshev yang dibeli dari Madrid pada musim panas kembali semula ke Bernabeu selepas aksi haramnya semasa menjalani penggantungan menyaksikan Real tersingkir daripada Copa del Rey musim lalu.

Pemain antarabangsa Rusia itu tidak bernasib baik kerana gagal memberikan pasukan pelawat gol pendahuluan apabila penguasaannya dipintas oleh Kiko Casilla. Rembatan akrobatik Nicola Sansone selepas itu pula jauh tersasar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA