Villarreal ungguli La Liga

Villarreal ungguli La Liga

BARCELONA, 27 Sept (Reuters) – Villarreal mengungguli dengan kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid semalam selepas Real Madrid terikat seri 0-0 di tempat sendiri menentang Malaga yang beraksi dengan 10 pemain dan Lionel Messi mengalami kecederaan serius ketika Barcelona menewaskan Las Palmas 2-1.

Luis Suarez menjaringkan dua gol bagi Barcelona tetapi kemenangan mereka dalam La Liga hadir ketika Messi direhatkan selama dua bulan selepas mengalami kecederaan ligamen lutut.

Kemenangan Villarreal hadir menerusi jaringan Leo Baptistao, yang penyudah klinikal disudahkan oleh Roberto Soldado dalam kawasan penalty selepas minit ke 14 untuk menyelamatkan kemenangan kelima mereka berturut-turut. Peluang terbaik bagi Atletico tiba kepada Antoine Greizmann pada akhir setiap separuh masa tetapi dinafikan oleh penjaga gol Villarreal, Alphonse Areloa.

Villarreal adalah pendahulu kumpulan mengejutkan dengan mengutip 16 mata dari enam perlawanan, satu mata berbanding Barcelona dan dua mata di depan Real.

Iago Aspas menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-76 untuk memberikan pasukan Celta Vigo di tangga keempat seri 1-1 di Eibar.

Baptistao (kiri) ketika meraikan kejayaannya menghasilkan gol untuk Villarreal CF pada perlawanan di Stadium El Madrigal di Villareal pada 26 September 2015. – AFP
Baptistao (kiri) ketika meraikan kejayaannya menghasilkan gol untuk Villarreal CF pada perlawanan di Stadium El Madrigal di Villareal pada 26 September 2015. – AFP

Barca, yang berusaha untuk bangkit setelah ditewaskan Celta Vigo 4-1 pada Rabu lalu, kehilangan Messi selepas hanya sembilan minit berikutan kecederaan kaki.

Pemain dari Argentina itu, yang berada dalam proses cuba melepaskan rembatan, bertembung dengan Daniel Castellano selepas minit ketiga. Dia cuba untuk meneruskan tetapi dipaksa keluar padang, dengan kelab kemudian mengesahkan ujian menunjukkan dia mengalami kecederaan ligamen lutut.

“Dia (Messi) adalah pemain terbaik dunia, pemain terbaik kami dan paling berbahaya jadi kami akan mengambil notis mengenai perkara ini,” pemain midfield, Sergiol Busquet memberitahu wartawan.

“Kami melalui banyak nasib buruk dengan kecederaan dan sekarang apabila kami tidak menandatangani pemain.”

Suarez memberikan Barca kejayaan dengan tandukan kencang ke sudut dari hantaran lintang Sergi Roberto selepas minit ke-25.