Vinales tinggalkan Suzuki, sertai Rossi

Vinales tinggalkan Suzuki, sertai Rossi

PARIS, 20 Mei (AFP) – Pelumba berbakat, Maverick Vinales akan menunggang jentera Yamaha bagi musim 2017 dan 2018 bagi menggantikan juara dunia Jorge Lorenzo, umum pengeluar dari Jepun itu, semalam.

Vinales yang ketika ini mengemudi jentera Suzuki dan menghuni di kedudukan kelima dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) akan bergandingan dengan juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi yang kontraknya akan dilanjutkan Honda, Mac tahun ini.

Pelumba berusia 21 tahun itu akan menggantikan tempat juara dunia tiga kali, Lorenzo yang mengambil keputusan untuk menyertai Ducati dan bergandingan bersama pelumba Itali, Andrea Dovizioso.

Dianggap antara pelumba kelahiran Sepanyol paling berbakat, Vinales menyertai perlumbaan elit dua roda duia itu pada 2011 dalam kelas 125cc.

Antara kejayaan yang pernah diraihnya ialah menjuarai gelaran dunia kelas Moto3 pada 2013 selain memenangi tiga anugerah ‘Pelumba Muda Terbaik” pada 2011 (125cc), 2014 (Moto2) dan 2015 (MotoGP).

Dalam pada itu, pelumba Itali, Andrea Iannone akan meninggalkan Ducati untuk menyertai Suzuki sebagai pengganti Vinales. Iannone yang menamatkan saingan MotoGP 2015 di kedudukan kelima dan sudah tiga kali menaiki podium pada perlumbaan kelab elit MotoGP.