Vincent Kompany tidak menyesal

Vincent Kompany tidak menyesal

LONDON, 27 Okt (AFP) – Kapten Manchester City, Vincent Kompany menegaskan dia tidak menyesal kerana tidak menghiraukan amaran pengurus mereka Manuel Pellegrinio bahawa dia tidak seharusnya beraksi bersama Belgium untuk aksi kelayakan Euro 2016, baru-baru ini.

Dalam perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 menentang Manchester United Ahad lalu, Pellegrini menggugurkan Kompany daripada barisan utama dalam dua perlawanan sebelumnya.

Pengurus dari Chile itu tidak gembira dengan peranan pertahanan itu dan jurulatih Belgium, Marc Wilmots menurunkan pemain itu dalam perlawanan kelayakan Euro 2016 menentang Israel walaupun tuan rumah sudah berjaya menyelamatkan persaingan kelayakan.

Vincent Kompany menjalani latihan di padang Akademi Manchester City pada 20 Oktober 2015. – Reuters
Vincent Kompany menjalani latihan di padang Akademi Manchester City pada 20 Oktober 2015. – Reuters

Pemain berusia 29 tahun itu mengakui sukar untuk menolak permintaan kelab dan negara, tetapi dilihat gembira dengan keputusannya untuk beraksi.

“Buat masa sekarang, masa lalu dan masa depan, ia selalu menjadi keadaan yang sedikit sukar,” kata Kompany.

“Mereka (City dan Belgium) adalah dua pasukan penting yang mempunyai tujuan dan hasrat berbeza dan adalah biasa perkara seperti ini berlaku.

ARTIKEL YANG SAMA