Vinci ungguli Terbuka WTA Connecticut

Vinci ungguli Terbuka WTA Connecticut

NEW HAVEN, Amerika Syarikat, 25 Ogos – Pemain Itali Roberta Vinci menguasai permulaan Terbuka WTA Connecticut semalam dengan menewaskan pemain Croatia Ana Konjuh 6-2, 6-2 untuk memasuki suku akhir.

Konjuh, 18 tahun, menduduki tempat ke-100 di dunia dan terpaksa mengharungi tiga pusingan kelayakan untuk memasuki kejohanan utama di New Haven, Connecticut.

Pada awal perlawanan, Konjuh mencatat dua mata penamat untuk servis Vinci, tetapi pemain pilihan kedua Itali itu bertahan. Konjuh melaku dua kesilapan dalam perlawanan keenam, membantu Vinci mematah servis pada kosong dalam perlawanan keenam untuk mendahului 4-2. Vinci seterusnya mengawal perlawanan.

Vinci seterusnya akan berdepan dengan Johanna Larsson, seorang pemain kalah yang bernasib baik dalam perlawanan kelayakan yang menewaskan Shelby Rogers 7-6 (7/1), 6-4 untuk menempah satu tempat dalam suku akhir.

Aksi Vinci semasa menentang Ana Konjuh di Terbuka WTA Connecticut di Pusat Tenis Connecticut, Yale, New Haven. – AFP
Aksi Vinci semasa menentang Ana Konjuh di Terbuka WTA Connecticut di Pusat Tenis Connecticut, Yale, New Haven. – AFP

Prestasi paling menakjubkan datang daripada pemain pilihan keenam Petra Kvitova, yang mengalahkan pemain Kanada Eugenie Bouchard 6-3, 6-2 untuk datu kedudukan dalam suku akhir.

Kvitova, juara Terbuka Connecticut tiga kali, sebenarnya merupakan pemain pilihan ketiga tertinggi dalam kejohanan apabila tiga daripada lima pemain pilihan teratas menarik diri.

Kvitova akan menghadapi pemenang pingat emas beregu Olimpik Ekaterina Makarova, pemain yang ditewaskan oleh Kvitova dalam kejohanan perseorangan Olimpik. – AFP