Vipers B, Mud...

Vipers B, Mudshark juara ragbi sentuh pertama

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Khairil Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Pasukan Vipers B dan Pasukan Mudshark muncul juara dalam kategori masing-masing dalam pertandingan ragbi sentuh pertama anjuran Kelab Rekreasi Diraja Brunei yang diadakan di kelab berkenaan, di sini, hari ini.

Dalam laluan juara, Pasukan Vipers B menewaskan Vipers A dalam Bahagian Lelaki dengan mata 5-2, sementara dalam Bahagian Perempuan, Pasukan Mudshark menumpaskan saingan terdekatnya Pasukan Vipers dengan mata 5-2.

Sebanyak 14 pasukan menyertai pertandingan yang julung-julung kali dianjurkan itu. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Kelab Rekreasi Diraja Brunei, Dayang Yasmin binti Abdullah.

Gambar ramai juara bahagian perempuan dan lelaki pertandingan itu.
Gambar ramai juara bahagian perempuan dan lelaki pertandingan itu.