‘Virtual Campus’ menang anugerah antarabangsa

‘Virtual Campus’ menang anugerah antarabangsa

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Anak tempatan Negara Brunei Darussalam telah berjaya menempa nama di persada antarabangsa apabila hasil kerja mereka telah memenangi anugerah sempena persidangan anjuran Penyelidik Universal dalam Kejuruteraan di United Kingdom.

Kertas persidangan Dayang Nurulhidayati binti Haji Mohd Sani, Dr. Mohd Saiful Omar, dan Dr. Au Thien Wan bertajuk ‘Virtual Campus: A Case Study of Development using Open Sources Software’ (Kampus Maya: Satu Kajian Kes Pembangunan menggunakan Perisian Sumber Terbuka)mengenai Pemprosesan Imej, Pengeluaran dan Sains Komputer (ICIPCS 2016) telah memenangi anugerah Sesi Kertas Terbaik pada Persidangan Antarabangsa di London, baru-baru ini.

Kertas tentang peranan kampus itu dibentangkan oleh Dr. Mohd Saiful Omar untuk Universiti Teknologi Brunei (UTB) bagi memberi laluan tambahan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.

Dr. Mohd Saiful Omar ketika menerima anugerah dan sijil Sesi Kertas Terbaik di London, baru-baru ini.
Dr. Mohd Saiful Omar ketika menerima anugerah dan sijil Sesi Kertas Terbaik di London, baru-baru ini.

Kajian yang diambil dalam cadangan mereka menggunakan pendekatan Massive Multiplayer Online Role-Playing Games di mana perisian sumber terbuka OpenSimulator telah digunakan sebagai platform pembangunan untuk Virtual World (VW) dan Persekitaran Pembelajaran Maya 3D (3DVLE).

SLOODLE telah digunakan sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) bagi VW dengan menggunakan Firestorm Viewer. Prototaip lapangan kajian yang dibangunkan tertumpu di kampus Fasa 2 dan telah diuji ke atas sekumpulan pelajar ijazah sarjana sedia ada.

Jawapan dan maklum balas kepada pendekatan novel awal ini amat menggalakkan dan penerimaan pembelajaran berasaskan realiti maya amat positif.

ARTIKEL YANG SAMA