Virus Zika menular pantas

Virus Zika menular pantas

GENEVA, 29 Jan – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran virus Zika ‘menular pantas’ di benua Amerika dan rantau itu mungkin menyaksikan sehingga empat juta kes penyakit itu yang disyaki menyebabkan kecacatan kelahiran.

Ketika bilangan kes disyaki microcephaly yang dipercayai berkaitan dengan virus itu semakin meningkat di Brazil, ketua WHO, Margaret Chan, berkata jawatankuasa kecemasan akan bertemu Isnin ini untuk menentukan sama ada penularan Zika mencapai tahap darurat kesihatan global.

Microcephaly menyebabkan bayi dilahirkan dengan kepala dan otak yang kecil.

Kes di Brazil bertambah daripada 163 setahun secara purata kepada lebih 3,718 kes disyaki sejak penularan itu dan 68 bayi meninggal dunia.

Kerajaan Colombia, Ecuador, El Salvador, Jamaica dan Puerto Rico memberi amaran kepada wanita supaya mengelak kehamilan buat sementara waktu.

Buat masa ini, tiada rawatan untuk Zika dan ketua kesihatan di Amerika Syarikat memberi amaran usaha menghasilkan vaksin mengambil masa beberapa tahun. – AFP

Seorang pekerja kesihatan menunjukkan risalah yang  digunakan untuk memberitahu  orang ramai bagaimana untuk mengelakkan jangkitan Denggi, Chikungunya dan virus  Zika di San Salvador, El Salvador. – Reuters
Seorang pekerja kesihatan menunjukkan risalah yang digunakan untuk memberitahu orang ramai bagaimana untuk mengelakkan jangkitan Denggi, Chikungunya dan virus Zika di San Salvador, El Salvador. – Reuters